------------------------------------------------------------------
Risiko pengidap kencing manis ialah luka. Bagaimana menghindari luka? Entahlah. Ada kalanya kita memang sukar mengelak dan terpaksa mengubat.
Kenapa Allah taala beri kita sakit? Kenapa ada sakit yang ringan dan ada yang berat?
Ada macam² tanggapan terhadap penyakit yang menimpa. Ada yang menganggap adalah lumrah manusia ditimpa penyakit. Ada juga yang menerimanya sebagai kifarah. Ada pula mengatakan ia adalah peringatan Allah.
Bagi saya penyakit adalah satu cara Allah memanggil kita sujud mengadap-Nya.
Barangkali jika diseru begitu sahaja manusia akan culas. Sibuk mencari yang lain. Lupa pada Allah yang menjadikan segalanya.
Maka jika ditimpa penyakit, mengadulah pada Allah. Bertafakur dan jika perlu menangislah.
Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Allah sentiasa memantau kita. Jangan jauh dari-Nya.
------------------------------------------------------------------
Antara pengakit yang ramai pengidapnya ialah tekanan darah tinggi dan kandungan gula berlebihan. Namapun tekanan atau berlebihan. Maka yang perlu dilakukan ialah menurunkannya kepada normal.Apa yang normal? Normal ialah apabila menerima sesuatu kita ucapkan terima kasih pada yang memberi. Normal adalah jika sesuatu yang diterima dirasakan kurang sesuai maka buatlah aduan pada yang mengeluarkannya.
Yang tidak normal ialah mengadu pada yang tidak berkenaan. Yang tidak normal ialah mengadu pada orang yang dirinya sendiripun dicipta oleh pihak lain. Yang tidak normal ialah meminta pertolongan daripada orang yang dirinya sendiripun terpaksa ditolong.
Datanglah pada Allah seketika sebelum Dia memanggil kita kembali pada-Nya untuk selama²nya.
Allah mungkin tidak memberi kesembuhan serta merta. Allah mungkin juga tidak menurunkan ubat terus di depan mata. Namun setelah kita mengadu pada Allah dan berdoa, Allah akan berikan ilham dan tunjukkan di mana penawarnya. Ia mungkin melalui orang lain yang tiba² bertemu dengan kita.
Setiap penyakit ada penawarnya melainkan sudah ajal. Berusahalah sebagai satu ibadat dan sunnah rasulullah saw.
------------------------------------------------------------------
Ambil teladan bagaimana baginda mengikat perut menggali parit dalam perang khandak. Baginda berdoa pada Allah namun tidak sekadar menunggu keajaiban.Baginda tahu Allah boleh sahaja membantu seperti dalam peristiwa serangan ke atas kaabah apabila Allah menghantar burung ababil mengalahkan tentera abrahah.
Rasulullah saw lebih faham bahawa Allah boleh melakukan apa sahaja bagi membantu hambanya. Namun rasulullah saw tidak hanya menunggu.
Berdoa, berusaha, dan bertawakkal pada Allah.
Segalanya dengan izin Allah. Wallahu'alam.
------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment